Duhai hati...
Kenapa kau perlu bersedih?
Kenapa kau perlu rasa jauh?
Kenapa kau perlu putus asa?
Kenapa kau perlu rasa takut?
Biarkan semalam berlalu pergi,
Ia akan jauh meninggalkan mu.
Tapi jangan kau lupa,
Kerana ia cikgu di kemudian hari.
Jangan kau titiskan air mata lagi,
Tiada apa yang boleh harapkan,
Melainkan berusaha sebaliknya,
Dan berserah pada yang Esa.
Biarkan hujan membasahi bumi,
Biarkan mentari menghangatkan bumi,
Biarkan badai membelah lautan,
Biarkan gempa meretak tanah.
Kini dia hadir,
Berilah dia peluang,
Percayalah pada dia,
Kerana dia dahulu memberi
Sebelum kau meminta.
Terima kasih Kasih,
Kau penawar duka,
Kau penglipur lara,
Kau peniup semangat,
Kau segala galanya.
Kasih,
Berikan aku masa,
Berikan aku kemaafan,
Berikan aku kekuatan,
Berikan aku ketenangan.
Jangan kau takut,
Tidak akan aku tinggalkan kau dibelakang,
Tidak akan aku biarkan kau keseorangan dihadapan,
Akan aku sambut tanganmu,
Kita berjalan bersama,
Menuju hari esok.